Pendekatan Dakwah Ulama Sufi Nusantara Abad ke-17M dan 18M: Suatu Analisis Perbandingan dengan Pendekatan Dakwah Ulama Malaysia Abad ke-21

UNSPECIFIED Pendekatan Dakwah Ulama Sufi Nusantara Abad ke-17M dan 18M: Suatu Analisis Perbandingan dengan Pendekatan Dakwah Ulama Malaysia Abad ke-21. In: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, FPI, UKM, 2011, UKM Malaysia.

WarningThere is a more recent version of this item available.
Full text not available from this repository.

Abstract

Dakwah adalah suatu amalan yang disinonimkan dengan Islam di mana sejak awal kemunculan Islam, ia menjadi tugas Rasullullah, para sahabat dan generasi pewaris ulama. Ulama sangat akrab dengan tugas mulia ini. Perkembangan pesat Islam ke serata pelosok alam adalah usaha sebahagian besar ulama. Ternyata ulama telah berfungsi menyampaikan dakwah kepada umat. Nusantara turut menerima Islam melalui tangan mulia ulama. Mereka terdiri daripada para ulama sufi. Abad ke-17 M dan ke-18 M di Nusantara, ternyata menjadi milik ulama sufi dalam mengembangkan aktiviti dakwah Islam. Dalam kemelut masyarakat yang mengamalkan agama Hindu dan Paganisme, kedatangan ulama sufi ke Nusantara dengan cepat menukar landskap kepercayaan ini. Persoalannya, apakah pendekatan yang mereka gunakan sehingga masyarakat mudah menerima agama Islam. Apakah pendekatan tersebut masih relevan dengan suasana semasa abad ke 21 ini ? Bagaiamankah para ulama sekarang boleh menggunakan pendekatan tersebut dalam arus pemodenan dan kepelbagaian cabaran ? Kertas kerja ini bertujuan mengupas pendekatan-pendekatan dakwah ulama sufi abad ke 17 M dan 18 M. Seterusnya kertas kerja ini akan membuat analisis perbandingan dengan pendekatan dakwah ulama Malaysia abad ke 21 M ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Depositing User: Admin Adm PerpusUIR
Date Deposited: 17 Sep 2019 12:48
Last Modified: 09 Jan 2020 04:06
URI: http://repository.uir.ac.id/id/eprint/2183

Available Versions of this Item

Actions (login required)

View Item View Item